RSS

Wahai anakku

30 Dec

mula-mula aku rasa biarlah dia pergi sendiri kerna aku ada rancangan lain dengan A3 (shopping utk birthdaynya). kesian pulak… so aku berjalan kaki bersama-samanya kesekolah.  dah dekat jam 10am, so aku stay difood court bersama A3 utk bersarapan. rupanya lambat lagi result nak keluar (jam 11). duduk disebelah dua orang ibu yang sedang membicarakan hal anak masing-masing. punya lah kuat! habis rahsia aku dengar. feel tak selesa juga. yang aku geram tu sempat mengata cikgu! jangan sensitif, sebab aku pun bengang kat cikgu skolah tu. keputusan trial pun aku tak dapat tengok. memang ada betulnya cacian mereka.

lama juga tunggu. A3 mula resah. dahla mood dia semacam je pagi ni. kekadang aku tak faham peel dia ni. dekat jam 12 barulah nampak kelibat A2. semakin dekat dia menuju kearahku, makin terasa getaran dihati. tangan aku megeletar gila bila sambut keputusannya. aku tahu anakku ini sederhana pencapaiannya, so tak lah mengharap terlalu tinggi. Alhamdulillah, dia mendapat keputusan yang membolehkannya memohon ketempat yang dia minati. yang aku tahu dia telah ada minat tertentu. namun disebalik senyumnya, aku tahu dia mahukan yang lebih baik. cuma dia pandai mengalihkan kekecewaannya dengan melihat keputusan kekawan lain yg lebih rendah. 

habislah episod pertama. Giliran aku melayan A3. ajak jalan kaki, jawapnya tak larat (moodnya masih teruk… ). so naik bas. ari ni first time aku melompat devider jalan utk menyeberang. janganlah ada kenalan yang nampak, malu….. kehendaknya kasut bola tapi bertukar kepada bottom track (mood masih teruk…).  kesabaran aku mula menipis. kena dah budak ni! dah dapat tracknya, aku ajak makan sebab sepagi dia tak makan apa-apa (mood masih teruk…).  sabarlah wahai ibu. aku pujuk juga dia kalau nak beli kasut bolanya. sampai kekedai kasut aku suruh dia pilih (mood masih teruk…) tapi tangannya mula membelek kasut. SNAP! mood terus ceria! kasut yang dia suka ditemui. terus ku belikan. aku ajak dia makan. (dengan senyum) jom ibu! sambil makan teringat aku pada A1. aku call, suruh dia datang bersama adiknya.

Menunggu lagi! jam dah 2 pm. mana A1 ni? call dari hubby ku. rupanya ada sedara kematian. nak pergi ziarah. dia ada didepan bersama A1. so aku terlepas lagi shopping untuk diriku. ku serahkan keperluan A1 utk dia sendiri cari. tinggal lah A1 dan A3 disitu. seronok melihat kepuasan dimuka anak-anakku bila mereka dapat keinginan mereka tercapai. aku harap mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam segala hal dan terpelihara daripada sebarang musibah. keutamaan hidupku adalah anak-anak. Tuhan kau berilah petunjuk kepada hambaMu ini supaya dapat menjadi ibu terbaik.

 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2008 in coretan

 

Tags:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: