RSS

Ambang tahun baru…2009

01 Jan

Getting old… just hours to go. Tak ada planning tertentu, cuma hubby ada events yang dia akan hadiri. Sebelah petang ada majlis sambutan dan perpisahan dengan penghuni perumahan. All were invited, tapi aku tak pegi cos NQ dah mula menunjukkan tanda-tanda demamnya. Dengan cuaca yang mendung tu, sedapnya tidur…

Malam around 8.00, aku satu famili bertolak ke Batu Maung untuk menghadiri makan malam anjuran member bisnes hubby. Sampai last sekali… Kena tunggu about 30 minit sebelum dapat makan, lapar weh! First time datang ke Restaurant Pan Mutiara. Cantik tempatnya, very cozy. NQ bagai dah kebah demamnya. Mana taknya, akuarium ikan dimerata tempat. Menu kami : kari kepala ikan, sotong goreng, telur dadar, kerabu mangga, sayur kangkung, ikan sweet sour dan air limau kasturi. Aku suka semuanya, sedap. Tapi kerabu mangga dia tak mencapai cita rasa aku. Anak-anak makan kekenyangan. NN suka kari kepala ikan tapi hubby kena suap la…baru double sedap.

Around 11.00, kami bertolak balik. Anak-anak nak naik feri. Disepanjang jalan dah semakin banyak kereta yang berhenti untuk rai tahun baru. Ada fireworks kut. Aku tak minat yang joint, sebabnya rimas dengan suasana begitu. Yang seksi meksi pun ramai walaupun malam tu angin sepoi-sepoi (tak sejuk ke?). Feri mudah masuk cos tak ramai yang nak ke seberang.year-2009

sila makan...

sila makan...

So tahun ni, sambut tahun baru atas feri. Exclusive lagi dapat tengok fireworks dari tengah laut. Sempat le rakam video sikit. Selamat Tahun Baru 2009. Semoga tahun ini lebih mematangkan aku dalam segala hal. Tiada siapa boleh bantu kalau kita tak bantu diri sendiri.

Badan NQ mula rasa panas. Nak pandai apa pulak dia ni… (menyedapkan hati!). Tahun 2009 dimulakan dengan merawat anak yang demam panas. Dia muntah lagi hari ni… Kesian aku tengok.

 
Leave a comment

Posted by on January 1, 2009 in coretan

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: