RSS

Macam dulu-dulu…

16 Jan

Ari ni aku kena bertugas dari pagi hingga ke petang. Demi tanggungjawab, kena lah sabar… Memang meletihkan tapi yang bestnya, banyak juga kerja aku selesai sambil tunggu hingga masa abis.  Dalam dok buat kerja. aku trima call dari hubby. Ari ni kena balik sendiri cos dia ada hal di seberang. Aound 5pm, aku terpacak di bus stop bersama anak-anak didik. Dekat 30 minit tunggu bas. Orang tak ramai tapi aku mula naik rimas bila tunggu lama-lama.  

Teringat dulu-dulu, zaman belajar. Selalu naik bas, berhimpit-himpit pulak tu. Aku paling bengang dulu kalau makhluk yang suka gesel-gesel tak tentu pasal tu. Pernah aku pijak kaki makhluk tu dengan kasut tumit tinggi aku dengan selambanya. Tak terkata apa dia. Kalau naik bas waktu pagi, yang paling aku takut ialah terlena. Pernah juga aku tertidur dalam bas. Punya la sedap tidur…. terjaga je aku tah kemana hala rupanya. Aku dok lah dalam bas tu sampai dia pusing balik. Kena 2 kali tambang.  Selalunya aku akan sesat kalau naik bas tertentu for the first time. Merondalah aku ikut route bas tu. Lepas tu expert la…… Satu lagi kalau duduk mesti spot yang dekat loceng. Mudah nak capai dan tekan. Nak naik bas kena rancang dulu. Beg mesti jeni backpack atau yang boleh sandang di bahu. Tangan mesti free daripada sebarang benda, sebab… Bas mini dulu dia tangkap muat semua orang dan suka lipat mati punya. Kalau tak pegang kuat, silap haribulan terjatuh atau lebih teruk terpeluk…..Tak pernah terjadi kat aku la tapi nampak orang lain terkena adalah. Buruk rupanya…..

Bas ari ni okey. Turun bas yang tak okey. Kena jalan jauh sikit sebelum sampai umah. Area aku ni banyak pendatang asing pelbagai bangsa. Jalan sorang-sorang di jalan yang sunyi memang menakutkan. Walaupun aku tak seayu macam dulu, still aku ni female. Dok perasan je lah kalau berselisih jalan dengan aliens. Jalan laju, tak pandang kiri kanan dan tangan mengenggam kuat beg berharga aku. Dulu tak rasa macam ni pun…. zaman berubah!

 
Leave a comment

Posted by on January 16, 2009 in coretan

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: