RSS

Babak 1

01 Dec

Assalamualaikum, makcik.  Aku menegur teman sepermainan ibuku sewaktu lalu di depan rumahnya.  Tiap hari memang aku akan tumpang lalu hendak ke stesen bas. Hari ni entah kenapa makcik bedah seperti menanti aku disitu.  Dan entah kenapa makcik bedah sangat ramah denganku. Hampir setengah jam juga aku melayan pelbagai soalannya.
Maaf ya makcik,  Zana minta diri dulu, takut nanti terlepas bas.  Setelah bersalam, aku terus menuju ke stesen bas. Nasib baik bas lewat sikit hari ni, sempatlah aku sampai tepat pada masanya ditempat kerja. Kalau tidak jenuh aku menunggu lagi sejam. Kesian anak-anak murid ku menanti.
Chah oh chah! kau sihat ke? laung makcik bedah didepan rumahku di satu pagi. Aku tengah asyik membaca novel ombak rindu di sofa. Ibuku terus menjemput makcik bedah masuk kerumah.
Kat depan ni cukuplah, lagi pun aku nak kedai din ni. Marilah sini, aku ada hal nak bincang dengan kau.
Apa hal yang penting sangat ni bedah oi? Kalau ya pun marilah masuk dulu, si Zana ada masak kuih lompang yang kau suka sangat tu.
kalau macam tu,  langkah kanan lah aku ni. Aku pun belum sarapan lagi pun.
Lagi satu bab lagi novel yang nak aku habiskan. Tiba-tiba ibu menjengok mukanya ke dalam bilik ku.
Zana, ibu nak cakap sikit. Harap Zana dengar dan berikan jawapan dengan jujur ya. Dan ibu tak memaksa kerana ini demi masa depan Zana.
Apa hal yang serius sangat ni ibu, cakaplah.
Tadi makcik bedah tanyakan hal kau. Dia berkenan untuk satukan zana dengan anak tirinya, zul yang kerja kat KL. Si Zul tu dah minta makcik bedah masuk meminang bulan depan Itu yang dia datang sebenarnya bertanyakan kalau-kalau kau dah ada teman lelaki atau belum.
Zul?  siapa pulak mamat ni, tiba-tiba berkenan kat aku. Berkerut dahiku memikirkannya. Bila pulak aku pernah jumpa dia? 

Zana ingat tak dua minggu lepas masa Zana bersembang panjang di depan rumah makcik bedah? Masa tulah si Zul dok perhati Zana dari dalam rumah.
Macam tau-tau aje ibu ni apa yang berlegar difikiran, dah aku dapat jawapan misteri yang tak berapa nak misteri ni. Hemm., patutlah aku rasa semacm je masa tu. Rupanya ada stalker dalam rumah!
Ku renung muka ibu, sambil memikirkan alasan apa nak kuberi. Nak cakap dah ada teman, macam tak ada je. Ish, padaku dia memang istimewa tapi dia anggap aku istimewa ke? Ibu pun tak tahu lagi aku berkawan dengan dia hampir 3 tahun dah.
Zana, dengar tak apa ibu kata ni. Kejut ibu tatkala aku bermonolog.
Dengar, cuma Zana tak bersedia lagi lah nak berumahtangga. Masih banyak lagi cita-cita yang nak dicapai. Zana nak sambung belajar lagi. Setakat diploma di zaman ni, apa sangatlah kerja yang boleh Zana pohon. Nanti-nantilah bab kahwin ni, ya bu.
Ibu tak memaksa, dan ibu tahu Zana nak tunaikan janji Zana pada arwah ayah. Tapi permintaan orang kenalah tolak dengan alasan yang baik dan masuk akal. Ibu tak nak disebabkan hal ni, hubungan ibu dengan makcik bedah tu jadi tegang. Zul tu sangat-sangat berharap, makcik bedah kata tak pernah dia tengok anak tiri dia tu beria-ia macam ni.
Maafkan Zana ibu. Bagitau kat makcik bedah yang Zana dah ada teman lelaki, hujung tahun ni nak bertunang. Alasan bengong apa yang aku cakap ni, aduh… masak aku kena marah kang.
Tercengang ibu hanya seketika. Sekarang ku lihat perubahan wajah hulk ibu ku.
Biar betul Zana, kenapa ibu tak tahu pun hal ni! jangan nak main-main. Budak mana pulak ni?
Emmm, ibu sabar dan dengar dulu ya. Masa kat kolej, Zana dah berkawan dengan dia tapi kami cuma berhubungan melalui surat je. Tak pernah jumpa dan bercakap pun, sampailah kehari ini. Rupa pun Zana kenal melalui foto je. Dia tak pernahlah cakap nak kahwin dengan Zana, dan Zana tak pasti pun apa perasaan dia pada Zana. Dah 3 tahun kami berkawan, Zana pun tak pasti apa perasaan Zana kat dia. Cuma Zana selesa dan tenang kalau dapat surat darinya. Bagilah peluang pada Zana nak menilai perasaan Zana sendiri, bolehkan ibu. Aku sangat berharap dengan kata setuju ibu.
Termenung ibu. Aku menyentuh lembut tangan ibu sambil memandang wajah kesayanganku dengan penuh harapan. Tanganku digengam erat, ibu mengangguk tanda setuju.
Esok ibu akan cuba terangkan pada makcik bedah, Zana jangan susah hati ya. Cuma ibu harap, carilah penyelesaian dengan cepat supaya Zana mudah nak merancang masa depan Zana.
Aku memeluk erat ibu. Janji pada diriku sendiri, harapan ibu akan ku rungkaikan dengan segera.

 
Leave a comment

Posted by on December 1, 2011 in coretan

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: