RSS

Babak 2

19 Dec

Nina, jomlah cepat. Nanti lambat pula kita.
Nina menoleh sambil mengangkat tangannya seolah-olah berkata sebentar.
Kelas kita dibawah ni aje, apa yang kau kalut sangat ni!
Aku nak duduk depan, lagipun suara cik Puteri kan pelan sangat, susah kalau duduk di belakang.
Nina yang telah bersedia dengan lajunya melangkah melepasi aku.  Aku pula yang terkejar-kejar mengikut langkahnya. Bertu punya kawan, aku pula yang ditinggalkannya, rungutku dalam hati.
Kelas pagi ini bukanlah kelas kegemaranku kerana aku memang dari dulu lagi lemah dalam subjek ni. Tinggal baris depan sahaja yang masih kosong. Senyum suka aku, dapatlah aku tekun mendengar kuliah hari ini. Nina, rakan sebilik dan sekuliahku meegur kawan-kawan yang lain. Memang dia seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan sesiapa pun. Berlainan dengan sikapku yang agak pendiam. Mungkin sebab itulah kami boleh boleh berkawan baik. Saling melengkapi, kata Nina sewaktu awal perkenalan kami dulu.
Okay kelas, hari ini ada kuiz. Sila jawab dalam masa 30 minit dan hantar ke depan nanti.
Terkejut beruk aku dibuatnya. Apalah nasib aku pagi ni, aku tidak bersedia langsung. Dahlah tajuk ni memang aku fail! Heh, saja tau cik Puteri ni nak kenakan aku. Kawan-kawan yang lain pun ada juga yang mengeluh. Jawap ajelah, kalau betul Alhamdulillah, kalau salah nampak sangat aku bengong, alahai malunya nanti.
Aku terasa bahuku dicuit dari belakang. Salmi menghulurkan secebis kertas nota kecil ke tanganku. Aku mengangkat kening, hairan. Sambil melihat ke arah cik Puteri, aku membuka dan membaca nota kecil itu. Kulipat semula dan kusimpan ke dalam poket beg. Aku tengah tension nak jawap soalan ni, ada juga mamat nak buat lawak bodoh. Mengacau je!
Zana, tadi masa kuiz apa yang Salmi bagi kat kau?
Terhenti suapan aku, terus ku keluarkan nota kecil tadi.
Nah, kau bacalah sendiri.
Nina menyambut huluranku. Dia tersenyum dan menepuk bahuku dengan lembut, ala-ala manja.
Oh, dah ada secret admirer rupanya. Kau kenal tak budak tu?
Entahlah, aku malas nak fikir. Ni dah kali yang ke empat dia buat aku macam ni. Tengah aku cemas, susah hati, time tulah dia akan kacau aku. Kalau dia pas kat aku jawapan kuiz, okey juga. Takat nak kirim salam je, buat apa!
Terbeliak mata Nina memandangku.
Hoi, sampai hati kau tak pernah cerita kat aku ya. Siapa mamat tu, kau kenal?
Kalau aku kenal, dah lama aku bagi warning maut punya. Yang aku bengang tu, dok main teka teki dengan aku.
Aku suka teka teki ni. Kau bagi kat aku. Dah lama aku tak jadi penyiasat ni.
Aku cerita je, jangan kau memandai nak pi cari budak tu pulak. Lebih baik aku tak tahu daripada tahu. Nanti kat bilik aku bagi kat kau. Bolehlah kau buat modal mengisi masa lapang kau tu.

Cik Puteri nak jumpa saya?
Tercengang kulihat riak muka Cik Puteri. Aku hulurkan kertas kuiz yang baru kuterima sebentar tadi. Tertulis jelas di ruang bersebelahan dengan mark kuiz ku yang memalukan tu. Sila jumpa saya! Memang aku agak dah, mesti kena sembur sat lagi. Markah yang aku dapat memang bukan macam budak dah masuk u. Tolonglah cik Puteri, cakaplah pelan-pelan, semua rakan sekuliah ku tengah perhatikan aku ni. Mana aku nak menyorok ni, tolong!
Tersenyum pulak dia. Lagilah aku tension. Cik Puteri terus terangkan padaku kaedah yang betul untuk jawab soalan kiuz. Bertambah pelik aku dibuatnya. Sikit pun dia tak marah aku. Apa hal pulak ni baik semacam je.
Sesampai saja ditempat ku, Aini menyerahkan nota kecil kepadaku. Ni mesti mamat penakut tu lagi yang bagi ni.
“Kalau tak nak jumpa cik puteri lagi kenalah belajar betul-betul, kalau tak tahu, mari abang cermin mata ajarkan”.
Kurang asam betul mamat ni. Mana dia tahu ya? Kalau kau berani sangat, tunjukkan lah cermin mata kau tu. Boleh aku gilap kilat-kilat sebab kau tak nampak ke aku tengah tension ni.

Zana, tunggulah kejap. Cuba kau perhatikan 3 orang mamat berkaca mata yang duduk di baris belakang tu. Kau agak yang mana satu ya peminat misteri kau tu? Tangan Nina menghalang langkah ku sebaik saja aku tiba di hadapan pintu kelas.
Aku nak buat eksperimen sikit, kau masuk dulu dan duduk kat hujung sana. Tapi jalan tu pelan-pelan sikit, baru ada tindakbalas yang sahih.
Aku dah malas nak membantah kerenah eksperimen Nina ni, jadi aku ikutkan saja lah. Sepanjang kelas hari ini, Nina asyik tersenyum aje sampai aku naik rimas dibuatnya. Agaknya berjayalah eksperimen dia yang dah seminggu dirancang dan diujikaji. Bolehlah aku tidur awal malam ni. Moga-moga berakhirlah seksaan malamku yang terpaksa mendengar teori Nina berkaitan kes yang aku tak suruh pun dia siasat.

 
Leave a comment

Posted by on December 19, 2011 in coretan

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: