RSS

muhasabah diri

13 Mar

Bila aku dapat mesej dari kakak, memaklumkan mak dikejarkan ke Kecemasan Hospital Seberang Jaya… aku masih cool dan mampu bertahan. Pemanduan ke sekolah pagi itu seperti biasa, menghantar Nasuha ke sekolahnya dan terus ke tmp kerjaku. Aku cuma nak bereskan hal kertas soalan ujian hari itu dan dengan izin boss terus ke hospital. Langkah yang pantas dan bersahaja aku tidak memberi sebarang kelainan kepada pandangan kawan2 sekerja. Aku tewas dengan linangan airmata bila tiba masa meminta keizinan dari bos.

Sesampai di unit kecemasan, aku lihat wajah letih kakak melanggu di kerusi. Mak masih dirawat. Agak lama juga menunggu kata kakakku. Aku gagahkan diri bersarapan bila hubby datang. Diajaknya aku, takut aku pitam. Makanan di kantin hospital mmg sedap dan pelbagai. Alhamdulillah.

Masih menunggu diluar. Hebatnya kesabaran petugas2 di Unit Kecemasan. Sepanjang aku di situ, tiada satu pun pesakit tidak dilayan. Sabar dengan wajah senyum sentiasa. Ya Allah, Kau kurniakan lah segala kebaikan dan kerahmatan kepada insan2 sabar dan berjasa ini. Moga segala kekuatan semangat mereka memberi cetusan aura positif kepada semua.

Dekat jam 12 tgh barulah mak disorong masuk ke wad 6. Ramainya pesakit hingga mak ditempatkan ditengah2 laluan di wad. Aku dan kakak menunggu sehingga doktor selesai memeriksa mak. Kekalutan di wad kerana kekurangan tenaga doktor yang bertugas berbanding bilangan pesakit yang ada. Berpeluh2 doktor kesana sini tapi wajah dan layanannya sentiasa mesra.  Alhamdulillah
Sepanjang berada di wad, rata2 warga emas yang menghuni katil2 pesakit. Setiap kita akan melalui detik2 begini, terlantar samada tiada daya melakukan rutin harian sendiri atau pergerakan lemah yang perlu bantuan keluarga. Di sudut paling hujung, seorang Aunty berbangsa Cina terlantar lemah dikatilnya. Bertuahnya dia kerana ada anak yg menjaga rapi maknya. Dilapkan badan, di sisirkan rambut, disuapkan makan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Di bilik sebelah, seorang suami sentiasa disisi isterinya yang terbaring lemah. Sekejap dilap muka siisteri, sekejap di urut kaki isteri, sekejap di bualkan cerita untuk menghibur hati isteri. Syahdu perasaan datang melihat kasih sayang di dalam wad yang penuh kesakitan.
Di kala sihat ini lah, segala bakti dicurah untuk yang memerlukan. Belai lembut keluarga agar mereka dapat semangat untuk terus tabah hadapi sedikit dugaan Allah. Aku berdoa andai aku seperti mereka nanti, kuat menghadapi kasih sayang Allah ini

image

Terima kasih doktor dan jururawat. Layanan mu yg lembut dan penuh kesabaran mendengar celoteh mak sangat aku hargai. Doktor membuat mak rasa selesa dan selamat di situ. Selera mak dgn makanan hospital pun okay la walaupun tak berasa apa katanya.. haha. Alhamdulillah

image

Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada kakak ku sekeluarga yg bersengkang mata menjaga dan menemankan mak di wad tak kira siang ataupun malam. Bukan mudah, hanya yang sabar dan penuh rasa tanggungjawab yang mampu berkorban begini.

Setelah 4 hari di wad, mak dibenarkan pulang dengan bekalan ubat yang bertambah. Mak dipesan supaya tidak boleh banyak bergerak, takut2 jatuh dan lebih memudaratkan kesihatan mak. Doakan kesejahteraan mak dan juga dengan penuh harapan agar mak mula merubah cara hidupnya, mahu meminta pertolongan anak2 aka “mengarah”

 
Leave a comment

Posted by on March 13, 2016 in coretan

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: