RSS

Ahli rumah…

09 Dec

Terjaga mendengarkan bunyi Tiger mengiau…. lapar. Awal lapar hari ni. Nasib baik ada sikit lagi makanannya. Later kena shopping nampak gayanya. Tiger kucing pertama yg kami adopt. Ambil dari baby lagi. Dia ada adik seekor tapi dah lama tak balik. Bila kami pindah rumah, tiger ni tak berenti bunting. Hishhh… jantan dok cari dia jer. Dapat anak comel2.. ada yg berbulu segar. Banyak yang tak kekal samada mati atau hijrah ke rumah orang. Almaklumlah, jaga kucing lepas macam tu jer. Tak tahu la kut jiran2 marah maki serapah kucing aku kalau depa pi buat onar kt laman rumah depa. Hanya tiger ker yang setia. Time makan dia balik, nampak kereta aku masuk, dia pun tergedek2 lari masuk pagar.

Syok tengok dia layan anak2 bulu dia. Kalau panggil makan, dia duduk tengok anak2 dia makan dulu. Macam gambar atas tu. Depa selesai barulah dia makan. Selamba punya kucing sampai kadang2 aku nampak dia macam tak ada perasaan.. haha

Malam tadi Aishah mohon tidur sekatil dengan aku sebab nak bagi Opah dia tidur selesa dalam bilik dia. Ya Allah, buasnya dia tidur… berapa kali aku kena sepak terajang. Entah apalah mimpinya. Siap tarik rambut aku lagi…sakit oiii..Esok kena balik bilik dia la. Bila cerita kat dia, siap dimintanya belikan katil besar King Size supaya mudah golek2 rata katanya. Urghh…! Patut la kakak selalu kungfu dia mlm2.. ini kejadian yg selalu berlaku rupa-rupanya..

Cuti-cuti ni, bangun pagi dengan bunyi decitan burung yg buat sarang di sudut depan pintu rumah aku. Lama dah pasangan comel ni bermastautin disitu, seingat aku sebelum aku pindah masuk rumah ni depa dah bina rumah comel tu. Dah berapa kali bertelur menetas anak depa kat sini. Selalu tengok anak depa belajar terbang, sat2 jatuh gedebok kt lantai. Jinak-jinak merpati…hahaha.

Awal pagi pasangan sejoli ni dah keluar mencari rezeki. Masa ada anak kecil, lagi riuh bila papa n mama balik bawa ulat makanan sikecil. Mencitcit ternganga mulut depa.  Sarang tu boleh muat 2 dewasa, 2 kecil…hahaha… terjuntai2 bulu papanya keluar. Comel sgt. Ada banyak kali juga sesat dlm rumah aku. Sampai terlanggar cermin sbb nak cari jalan keluar.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 9, 2016 in coretan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: