RSS

Gotong Royong….

11 Dec

Rewang kita hari ni!! Lama sangat tidak beraktiviti begini. Aku tukang ricih2, sapu2 jer. Master mind dan chef adik2 ipar duai aku. Depa ni memang hebat masak memasak. Sebulan sebelum kenduri, kami adik beradik dah buat mesyuarat. Bincangkan berapa sumbangan nak kumpul, menu hari kejadian dan pembahagian tugas nanti. Semua peringkat umur ada tugas. Dari cucu hingga lah ke mak ayah depa.  Aku tugas di bahagian makanan sampingan.

Menu: kambing masak kurma,ayam masak merah, jelatah, kari daging dan nasi putih. Tambahan menu untuk hidangan pengantin, nasi arab mendy bookhari. Menu sampingan: laksa, kueh muih, bubur kacang, cucur udang, dadih dan meehon sup. Tudiaa… semua masak sendiri kecuali kurma kambing.

Kerja2 bermula pada pagi Sabtu sehingga ke malam. Sambil tu sempat lagi masak kari ayam kampung, gulai pisang, hati ayam kicap dan ikan masin goreng untuk santapan tengahari dan malam. Fuhhh… memang lajak makan… sedap berselera. 

Sambil2 kerja, macam2 lah keluar cerita menarik dan kelakar. Kena bagi riuh baru tak terasa letih. Yang masih ada anak kecil memang tak menang tangan la dengan keletah anak2 yang lepas bebas. Nasib baik ada sepupu sepapat yang rela mengasuh anak2 kecil. 

Respon tetamu jemputan…. makanan sedap dan ada yang makan berulang. Mereka teruja menambah makanan bila tahu semua hidangan di masak sendiri. Alhamdulillah, tetamu cukup makan tanpa ada sebarang catuan. Masih ada lagi untuk dibungkus bawa balik. Semua keletihan tapi dengan keselesaan jemputan makan santai, senyum sentiasa di bibir. Bak kata suamiku, masak dengan kasih sayang seikhlas sesuci nurani…

Meh tengok pulak aksi gaya lupa diri bila dok depan kamera. Dengan Tokwan dan Tok kena bergaya dek penangan cucu2 ceria. Yang pengantin, wajiblah kena dera post santai. Hari ni jer kacau PakUda dan MakUda.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 11, 2016 in coretan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: