RSS

bila suka…

21 Dec

“Mana aku pergi, mesti dia ada dengan geng selamba dia tu… rimas lah aku..!!”. Semalam aku dah warning dia, time aku ada latihan sukan, jangan sesekali masuk padang. Kau tau aku nampak apa lepas habis latihan?”

“Aku nampak kepala dia dok jengoi sebalik pokok besar tepi padang tu!. Apa lagi naik hantu la aku..”

Aku ni cakap sorang-sorang ke? Awat Mai buat muka tak endah jer ni.  Apa punya kawan la. Aku bersemangat cerita, dia selamba jer buat assignment dia. Baik aku balik bilik jer la, tidur! 

Aku kemas barang aku dan terus keluar tanpa menoleh pada Mai. Tercengang-cengang Mai. Di luar dewan, aku nampak Zul duduk di tepi pintu dewan. Macam tunggu seseorang. Seminggu juga aku tak nampak dia. Jumpa pun kerana terserempak di kedai makan sebab kami memang suka masakan MakIti. Sedap, macam masakan mak di kampung. Tiba-tiba Zul angkat kepala dan matanya terus menatap muka ku. Dia senyum. Tak sempat aku nak mengelak dari pandangannya. Sampai ke malam lah aku akan terbayang-bayang senyumannya tu.

“Assalamualaikum Na, lama tak nampak. Sehat?”

“Waalaikumsalam, aku sehat Alhamdulillah. Zul ada kelas ke?”

“Kelas tak ada tapi saja duduk2 sini, kut2 dapat jumpa Na”.

Dia senyum lagi. Aduh, ni yang lemah ni. Muka ni lah yang aku nampak mula-mula aku jejak kaki di sini. Entah kenapa aku suka tengok dia. Nak kata handsome tak lah sangat, biasa-biasa jer tapi manis tu ada bak kata P.Ramlee. Dia rajin juga cuba-cuba dekat dengan aku tapi sejak adanya bayang si Man yang ada saja kemana aku pergi, aku perasan Zul mula buat-buat tak nampak aku. Man dan Zul ni memang dah kenal sejak di sekolah menengah lagi.

Aku baru nak buka ayat baru dengan Zul, nun dihujung jalan aku nampak kelibat Man dan kawan-kawannya. Terus sengap dan Zul pun perasan perubahan mendadak aku. 

“Okay lah Na,lain kali kita sembang ya. Zul pergi dulu. Jangan lupa senyum selalu. Penawar buat Man tu”.

Apa ni, dok usik aku dengan Man. Aku tak suka tau dak! Aku dah cuba buka hati aku kat Man. Dia baik, selalu tolong aku tanpa di minta. Kalau aku kata aku tak suka, Man akan cuba elakkan. Kawan-kawan sebilik aku semua kata, aku beruntung dapat Man yang sayangkan aku. Tapi aku dah cuba, tetap tak sampai dihati. Sekadar sayang sebagai kawan. Macam-macam aku buat nak bagi Man marah tapi sabarnya dia melayan kerenah aku. Tapi aku masih tak boleh terima dia! Tolong la selamatkan aku Zul. Aku nak kau yang jadi hero aku. Kenapa lah kau lembab sangat hah… !

Itu kisah 10 tahun yang lalu. Kini aku masih sendiri. Selama 3 tahun di kolej aku layan endah tak endah pada Man. Akhirnya Man menerima keputusan aku yang aku tak dapat terima dia. Terus terang, aku sedih.Sedih kerana layanan buruk aku pada seorang insan yang ikhlas menerima aku. Maafkan aku Man. Kini aku dapat tahu Man menemui pasangan syurganya dan bahagia bersama. Alhamdulillah, selayaknya dia untuk mu Man. 

Aku, teruskan perjuangan hidup aku. Berbakti kepada orang tua. Kenangan lepas tetap semadi dijiwa. Teman-teman dulu masih berhubungan. Mendengar kejayaan dan kerukunan bahtera mereka membuat aku iri. Aku masih seorang. Ada kala abang-abang senior menganjurkan reunion, aku mengelak untuk pergi. Takut perasaan lama timbul kembali. Aku dengar dia dah berumahtangga. Bukan calang-calang orang isterinya.

Sedap pula kopi garam bukit ni. Aroma baunya.. . mmmmm. Mak masakkan ubi getok petang ni. Teringat, masa di kolej aku cukup suka kueh ni di gerai MakiIti. Pernah berebut kueh ni dengan Zul. Itu lah kali pertama Zul menegur aku. Kami makan semeja hari tu. Lawak juga si Zul ni, banyak cerita kelakar. Yang aku paling tak boleh lupa bila dia boleh gambarkan baju kurung yang aku pakai hari pertama daftar kolej. Terkedu aku, suka pun ia juga. 

Mesej masuk. Nombor yang tak kukenali. 

“Assalamualaikum Na… sehat?”

Terpegun aku membaca mesej pendek ini. Hanya dia yang guna nama itu. Mungkin kah Zul? Patutkah aku balas mesejnya…?

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2016 in cerpenku

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: