RSS

nostalgia sat…

24 Dec

Best part of balik kampung… apa saja dipandang disekeliling, ada saja kenangan zaman bebudak. Tiap kali tu juga lah dok bercerita pada anak-anak sampai anak-anak kata, berapa kali nak ulang daaa… hahaha. Sorry la anakandaku, ibu memang excited nak cerita zaman kanak-kanak yang bebas lepas dulu. 

Adik jumpa album lama simpanan opahnya. Terus dia ajak ibu duduk dan perkenalkan sorang-sorang dalam gambar-gambar tu. Kelakar pula tengok gambar lama. Kakak kata, ibu dulu kurus macam kakak. Habis di puji makcik maksu makndak makteh depa… Kecantikan tak kekal Nak… hargai kesihatan luaran dan dalaman. Itu yang penting. Belek-belek album, terjumpa satu gambar rumah asal dulu. Depan rumah tu ada aku, adik, mak dan dua abang-abangku. Oh tak lupa, motor arwah ayah yang banyak berjasa sejak aku mula bersekolah lagi. Rumah ni dah berapa kali renovate. Satu sebab nak besarkan rumah bila abang kakak kahwin dan sebab kedua, tanah disukat semula untuk pembahagian ikut lot bandaran. Berpusing dan berubah juga la tangga utama rumah ni. Sekarang nak cari rumah mak ni senang jer sebab tangga utamanya tangga batu berwarna merah.

Arwah ayah dulu ada kamera, aku lupa dah jenama apa. Gambar-gambar yang ayah tangkap mesti ada sinopsis atau tarikh gambar diambil tertulis di belakang gambar. Macam gambar rumah di atas, ada tercatat …

Ni pula gambar rumah yang terkini. Jadi persinggahan kami adik beradik bila musim cuti atau perayaan. Rumah separa kayu beratap zink. Pokok rambutan di depan rumah dah banyak kali berbuah, lekang buahnya dan ia masih berjasa bila musim buah.

Nak tengok wajah arwah ayah… segak tau dan pandai bergaya masa muda-muda dulu. Arwah dulu kerja akhirnya sebagai Penyelia kelas Agama KEMAS. Kira aku ni ikut jejak ayah la menurut kata mak. Jadi cikgu. Memang dari sekolah rendah, kalau cikgu tanya apa cita-cita aku.. guru. Sampailah ke sekolah menengah, tak pernah berubah. Lepas SPM aku masuk ITM ambil Diploma Sains Komputer atas galakan kakak aku. Kursus Perguruan pun aku minta.Cuma tawaran ke ITM dapat dulu… Kesitulah rezeki aku selama 3 tahun. Setelah beranak 3 barulah jalan terbuka luas untuk aku mencuba masuk bidang Perguruan. Alhamdulillah, diploma aku masa tu sangat diperlukan dalam bidang perguruan. Mak orang yang paling gembira sebab katanya ada juga seorang anaknya yang ikut jejak langkah ayah. Syukur, aku pun cukup senang dengan kerja ini. Cita-cita ku tercapai! Uish…melalut lak. 

Handsome kan? Songkok stail senget… haha. Penampilan selalu dijaga, maklumlah Ustaz dan dikenali ramai. 

Hebatkan orang-orang dulu, belajar di kelas dewasa. Tak perlu tempat hebat, kerusi hempok, aircon bagai. Di bawah rumah, duduk atas bangku kayu, rapat2 supaya ramai yang berpeluang belajar. Salute la, usaha nak meningkatkan pengetahuan. Guru-guru dulu pun berkorban apa saja untuk menyampaikan ilmu.

Gambar arwah ayah tengah menyelia kelas dewasa KEMAS. #nasution

Al Fatihah untuk arwah ayah.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 24, 2016 in coretan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: