RSS

senyum lebar…😁

08 Feb

Bermula dengan usikan, tayangan foto2 ‘mencabar’ keinginan yang dah lama terpendam. Mencari yang lebih mudah dimiliki samada di alam maya atau realia. Teragak2 hendak membuat keputusan. Ada masa, menurun semangat, ada masa tak boleh nak tahan dah.

So, aku nekad. Jadi! Hari kedua aku milikinya, baru terasa mesti mencuba. tak jadi pun x apa lah, asal aku cuba. Haha, rakan2 bagai mencabar dan aku sahut cabaran itu. Tunggu….

Esok cuti Thaipusam, boleh lah aku laksanakan cabaran meROTIku… roti sarang lebah yang sering aku lihat di laman facebook, terliur…

Resepi dari sahabatku Suyati yg telah dicuba dgn jayanya (katanya dr pcik google). Aku pun google juga untuk mendapat tips2 supaya cubaan pertama menjadi. Ni laman web yg http://www.azlitamasammanis.com terima kasih tuan empunya blog.

Teringin juga nak share gambar setiap langkah meroti ku. Gambar jer la. Nak tau detail sila ke web tadi.

bahan2 meroti aku beli lepas balik menghantar Amir ke stesen ETS. 

Nasib ada BM Pensonic Chef Choice ni ( bau kedai lagi), idak la aku lenguh menguli. Cepat ker dia buat kerja. Aku relax sambil nonton TV.. haha

Siap dah diketul2kan ( buruk benor bentuknya sbb tak pandai membulat elok2). First time okay..! 

Tu dia… lepas perap dlm 30 minit. 

Tabur ler bijirin kesukaan aku, ikut suka aku la nak tabur banyak ke idak… 

Hasil lepas dibakar dlm oven. Bangga sungguh la aku boleh meroti. Jadi wehhh… suka aku. Siap ambik gambar, post ke grup meROTI aku. Ke grp family pun aku post… jahat sungguh rasanya tapi bangga dgn diri aku sekejap. puji la diri sendiri.. 

Makan la apa lagi. Lembut, sedap rasanya bila disira dengan sos karamel. Anak2 dara aku puji juga, lembut… sedap. tapi takat dua potong yg mampu dimakan. dah kenyang. esok breakfast lepas la.. menu roti sarang lebah. Alhamdulillah, dan InsyaAllah aku cuba resepi roti yang lain pula.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on February 8, 2017 in coretan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: