RSS

citarasa ku…

21 Mar

Mula-mula pindah rumah, penuh disekeliling dengan pokok ubi. Pucuk ubinya, pehh…. sedap kata mak. Bila rasa nak makan pucuk ubi rebus, petik jer. Berselera makan.

Awal dulu ada seorang pakcik datang kutip pucuk ubi. Entah untuk makan atau jualan, itu aku tak pasti. Lama-lama pakcik tu dah tak datang, mungkin segan dengan kami. Mula la di bersihkan keliling kawasan rumah sebab semak sangat. Banyak pokok ubi ditebang tapi batangnya ditanam semula secara lebih teratur.

Sekarang dah dekat  6 bulan, Amir agak pokok ubi tu dah ada hasilnya. Semalam dia cabut sepokok. Adalah 5 /6 cabang ubi kayu yang berisi sederhana. Teringin pula nak makan Ubi Getuk. Apa lagi… ke kedai la mencari kelapa parut.

Bahan-bahan Ubi Getuk ni senang jer. Kelapa parut, gula pasir, garam dan semestinya ubi kayu rebus. Lecek ubi kayu masa panas-panas tu, campurkan kelapa, gula dan garam. Gaul rata dan boleh makan dah…. 

Banyak lagi lebih, so simpan dulu dalam peti ais. Esok pagi boleh buat ubi getuk goreng samada bulat-bulatkan atau buat macam kueh gelang.

Cuba baca blog Getuk Ubi, boleh cuba cara ubi getuk moden.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2017 in coretan, favourites

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: