RSS

Pasrah…

19 Jul

“Sabarlah wahai hati. Ku tahu aku mampu hadapinya. Bukan kah segalanya di dunia ini hanya pinjaman belaka. Tiba masa aku mesti pulangkan kepadaNya. Hadirkanlah redho dalam hati ini, ya Tuhan…”

Ku ulang berkali2 kata-kata ini, demi memujuk hati. Andai ini takdirNya…

Kurelakan biar pedih, sakit dihiris, luka yang akan berbekas lama. Sudah lama kutanggung sakit ini tapi ku sabarkan hati, ku ikhlaskan hati menerima apa saja kerana ku tahu diriku juga penuh dosa dan lemah peribadi. Dia kuterima seadanya… tapi sekian lama menangis dalam tidur, akhirnya aku tewas juga dengan amarah tersimpan lama ini.

“Terpulang atas apa saja keputusan awak”. Hanya itu yang mampu ku zahirkan. Tiada lagi daya amarah dan jemu sudah rajuk hati rawat sendiri. Beribu kali peluang dan ruang untuk perbaiki, namun tetap sama. Pasrah… 

Ucapan maaf makin lama makin tawar rasanya. Aku makin hilang percaya makna maaf dari awak. Dulu aku kagum dengan keberanian ucap maaf sentiasa dimulut kerana aku bukan lah orang yang dibiasakan ungkapkan maaf. Benar-benar aku kagum. Perlahan-lahan aku ikut jejakmu, ikhlaskan hati mohon maaf atas apa silapku. Hebat rasanya, lega meluah kata maaf bila melihat sekilas senyum puas dari mereka. Tapi… kau juga yang membuat aku hilang yakin atas ungkapan maaf bila berulang kali silap yang sama dibuat dan diiringi maaf. Tiada lagi rasa… kebas sekebas tanganku bila memegang benda terlalu lama. 

Dalam setiap titip doa, kumohon padaNya kembalikan lah keyakinan dan rasa kagum itu hadir semula. Kembalikan dia yang amat ku hormati dan sanjungi. Betapa rindunya aku setinggi rindu pencinta kehebatan anugerahNya padaku seketika dulu.
-cerpen nukilan rasa Wad6 HSJP-

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 19, 2017 in coretan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: