Mee Kari…

Google the menu from iResepi.com and tried it today for iftar 17 Ramadhan. Decide to cook mee kari because most of the ingrediants were available in the fridge… but need to shop for some things though. So, hubby, lets go to shopping!

First stop was the Midtown Perda. Intending to buy my baju raya but, the dresses was not to my taste. Biasala… rambang mata. End up buying hubby’s Kurta. So settle hubby’s baju raya lah. Me, still got 2 more weeks to look around. Like always, mine will be the last to buy. This year, we decide to be in brown shades.

Next, Mydin Bertam. Lots of customer around, since its a Sunday and last day of school holidays. Straight to the racks where I need to buy things. Of all days, today Mydin out off Kerang.. urmmm. Lazy to stop other place, so make do with whats in the fridge.

Reached home, feeling so tired and it was hot! Rest first ( sleep la, apa lagi). Next week start schooling, must be very tiring. Sabar, dugaan dariNya. 

Around 5.00 pm, raid the kitchen.. haha. Make do with what I have, improvise the recepi.

  • Bahan:

    • 1 kg mee kuning
    • 500 gram ayam, potong kecil
    • 1 kg kerang, rebus dan ambil isi ( not to be seen)
    • 300 gram udang, buang kulit
    • 2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang (use chicken stork)
    • 10-15 biji bebola ikan (fish ball)
    • 3 keping kek ikan (fish cake)
    • 4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
    • 2 keping asam gelugor
    • 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus ( malas nak guna)
    • 2 cawan santan pekat
    • 2 cawan santan cair
    Bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum cengkih
    • 5 biji buah pelaga
    • 2 tangkai daun kari
    Bahan untuk kisar halus:
    • 6 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 inci lengkuas
    • 1 batang serai, hiris nipis
    • 10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
    • 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut. ( tak ada)
    Bahan untuk hiasan:
    • 4 biji telur rebus, potong dua
    • 2 tangkai sawi, potong dan rebus
    • bawang goreng
    • limau kasturi, potong dua
    • taugeh
    • daun bawang
    • cili merah
    • tauhu kering goreng
    • *saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa

Cara-cara:

    1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
    2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
    3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
    4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
    5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
  1. Tadaaa….

    Nobody said anything, either sedap ke tidak. But everyone makan tambah, so I assumed, sedap la. For my opinion, memang sedap and I’m keeping this recipe. Maybe one of my juadah hari raya this year…. who knows. So, you guys who are reding my post, give ot try. I gave 5 HA #slurrpmeekari

    masak-masak…

     

    Today try masak ayam golek lada hitam. Hubby tanya boleh ke sebelum dia belikan seekor ayam yang siap dah tergolek di Carrefour. Bolehlah cuba, lagi pun fungsi bakar ayam golek dalam oven tak pernah aku cuba lagi. Tawakkal je lah. Survey resepi di Myresepi, rata-rata potong ayam dan letak pada tray oven. Aku nak cuba juga ayam digolek dalam oven. Takut juga tak masak bahagian dalam nanti, so aku balut dengan aluminium foil dan stim sekejap. Lepas tu baru aku masuk dalam oven. Bakar 1jam dengan suhu 200C.

     

     

     

    Taadaa….selepas masak. Nampak sedap tapi belum rasa lagi. Nanti buka puasa baru dapat nikmati rezeki Allah ni.

     

    favourite amey…

    dah 2 minggu amey tanya bila nak buat cookie kesukaannya ni. aku asyik tak sempat atau terlupa nak beli bahan2nya. So this weekend aku harap tiada halangan… bahan2 nya belum ada lagi, bila lah nak pi shopping ni. aku pun suka cookie ni. memang aku hantu chocolate dulu, kini dan selamanya. cuma sekarang berebut dengan anak2 la…he3

    pernah cuba buat sendiri tahun lepas. itu pun setelah kawan2 setugas tunjuk cara yang mudah nak diikuti. rupa-rupanya ada acuan…memang senang. apa lagi aku pun terus pergi beli di kedai. tu yang amey tuntut buat lagi tahun ni. nak makan katanya. insyallah this weekend mesti jadi! Aku perlu beli choc masak(hitam dan putih), serbuk badam dan gula kastor aje, cos bahan lain dah ada kat umah.

    hari ni search net, aku dapatlah link pelbagai resepi nak buat cookie ni. yang mana satu nak cuba ya?

    Nanti bila jadi aku post la hasil kerja aku tu. amey mesti nak buat jugak…