RSS

senyum lebar…😁

Bermula dengan usikan, tayangan foto2 ‘mencabar’ keinginan yang dah lama terpendam. Mencari yang lebih mudah dimiliki samada di alam maya atau realia. Teragak2 hendak membuat keputusan. Ada masa, menurun semangat, ada masa tak boleh nak tahan dah.

So, aku nekad. Jadi! Hari kedua aku milikinya, baru terasa mesti mencuba. tak jadi pun x apa lah, asal aku cuba. Haha, rakan2 bagai mencabar dan aku sahut cabaran itu. Tunggu….

Esok cuti Thaipusam, boleh lah aku laksanakan cabaran meROTIku… roti sarang lebah yang sering aku lihat di laman facebook, terliur…

Resepi dari sahabatku Suyati yg telah dicuba dgn jayanya (katanya dr pcik google). Aku pun google juga untuk mendapat tips2 supaya cubaan pertama menjadi. Ni laman web yg http://www.azlitamasammanis.com terima kasih tuan empunya blog.

Teringin juga nak share gambar setiap langkah meroti ku. Gambar jer la. Nak tau detail sila ke web tadi.

bahan2 meroti aku beli lepas balik menghantar Amir ke stesen ETS. 

Nasib ada BM Pensonic Chef Choice ni ( bau kedai lagi), idak la aku lenguh menguli. Cepat ker dia buat kerja. Aku relax sambil nonton TV.. haha

Siap dah diketul2kan ( buruk benor bentuknya sbb tak pandai membulat elok2). First time okay..! 

Tu dia… lepas perap dlm 30 minit. 

Tabur ler bijirin kesukaan aku, ikut suka aku la nak tabur banyak ke idak… 

Hasil lepas dibakar dlm oven. Bangga sungguh la aku boleh meroti. Jadi wehhh… suka aku. Siap ambik gambar, post ke grup meROTI aku. Ke grp family pun aku post… jahat sungguh rasanya tapi bangga dgn diri aku sekejap. puji la diri sendiri.. 

Makan la apa lagi. Lembut, sedap rasanya bila disira dengan sos karamel. Anak2 dara aku puji juga, lembut… sedap. tapi takat dua potong yg mampu dimakan. dah kenyang. esok breakfast lepas la.. menu roti sarang lebah. Alhamdulillah, dan InsyaAllah aku cuba resepi roti yang lain pula.

 
Leave a comment

Posted by on February 8, 2017 in coretan

 

Rebranding oneself…

Get up, get up and positive vibes come sorround me! New bosses, new colleague, new friends, new job scope and new ‘customer’. May all new hopes brings out the best in me and old loops be smoother to run through this year. Hahh… only I will understand these words.

Along the way, there will be invisible hands guiding me to my destination. Half a decade of this life makes me wonder, what have I achieved so far? The feeling of lacking in ‘something’ still lurking now and then. What am I to be proud of? Career wise… I’m just an ordinary teacher or maybe too ordinary? Collegues always say, I’m the asset of the school, my presence is needed, my skills are sought for. But I still feel I’m just an ordinary person. Maybe, my willingness to help others whenever needed is the thrait they meant…urmmm

At this age, the only meaningful moments are being appreciated by family. Feel my existen and not taken for granted in anything. A small qualitative moments just for me is what I need. Making me the most special person, all ears and eyes for me, nothing else. Walking by the beach, which I truely love. Picnic by the sea, playing childish games. Just a 30 minutes moment is all I want. Is all I want….is all I want…

 
Leave a comment

Posted by on January 1, 2017 in coretan, tugas

 

nostalgia sat…

Best part of balik kampung… apa saja dipandang disekeliling, ada saja kenangan zaman bebudak. Tiap kali tu juga lah dok bercerita pada anak-anak sampai anak-anak kata, berapa kali nak ulang daaa… hahaha. Sorry la anakandaku, ibu memang excited nak cerita zaman kanak-kanak yang bebas lepas dulu. 

Adik jumpa album lama simpanan opahnya. Terus dia ajak ibu duduk dan perkenalkan sorang-sorang dalam gambar-gambar tu. Kelakar pula tengok gambar lama. Kakak kata, ibu dulu kurus macam kakak. Habis di puji makcik maksu makndak makteh depa… Kecantikan tak kekal Nak… hargai kesihatan luaran dan dalaman. Itu yang penting. Belek-belek album, terjumpa satu gambar rumah asal dulu. Depan rumah tu ada aku, adik, mak dan dua abang-abangku. Oh tak lupa, motor arwah ayah yang banyak berjasa sejak aku mula bersekolah lagi. Rumah ni dah berapa kali renovate. Satu sebab nak besarkan rumah bila abang kakak kahwin dan sebab kedua, tanah disukat semula untuk pembahagian ikut lot bandaran. Berpusing dan berubah juga la tangga utama rumah ni. Sekarang nak cari rumah mak ni senang jer sebab tangga utamanya tangga batu berwarna merah.

Arwah ayah dulu ada kamera, aku lupa dah jenama apa. Gambar-gambar yang ayah tangkap mesti ada sinopsis atau tarikh gambar diambil tertulis di belakang gambar. Macam gambar rumah di atas, ada tercatat …

Ni pula gambar rumah yang terkini. Jadi persinggahan kami adik beradik bila musim cuti atau perayaan. Rumah separa kayu beratap zink. Pokok rambutan di depan ruma dah bantak kali berbuah, lekang buahnya dan ia masih berjasa bila musim buah.

Nak tengok wajah arwah ayah… segak tau dan pandai bergaya masa muda-muda dulu. Arwah dulu kerja akhirnya sebagai Penyelia kelas Agama KEMAS. Kira aku ni ikut jejak ayah la menurut kata mak. Jadi cikgu. Memang dari sekolah rendah, kalau cikgu tanya apa cita-cita aku.. guru. Sampailah ke sekolah menengah, tak pernah berubah. Lepas SPM aku masuk ITM ambil Diploma Sains Komputer atas galakan kakak aku. Kurus Perguruan pun aku minta.Cuma tawaran ke ITM dapat dulu… Kesitulah rezeki aku selama 3 tahun. Setelah beranak 3 barulah jalan terbuka luas untuk aku mencuba masuk bidang Perguruan. Alhamdulillah, diploma aku masa tu sangat diperlukan dalam bidang perguruan. Mak orang yang paling gembira sebab katanya ada juga seorang anaknya yang ikut jejak langkah ayah. Syukur, aku pun cukup senang dengan kerja ini. Cita-cita ku tercapai! Uish…melalut lak. 

Handsome kan? Songkok stail senget… haha. Penampilan selalu dijaga, maklumlah Ustaz dan dikenali ramai. 

Hebatkan orang-orang dulu, belajar di kelas dewasa. Tak perlu tempat hebat, kerusi hempok, aircon bagai. Di bawah rumah, duduk atas bangku kayu, rapat2 supaya ramai yang berpeluang belajar. Salute la, usaha nak meningkatkan pengetahuan. Guru-guru dulu pun berkorban apa saja untuk menyampaikan ilmu.

Gambar arwah ayah tengah menyelia kelas dewasa KEMAS. #nasution

Al Fatihah untuk arwah ayah.

 
Leave a comment

Posted by on December 24, 2016 in coretan

 

bila suka…

“Mana aku pergi, mesti dia ada dengan geng selamba dia tu… rimas lah aku..!!”. Semalam aku dah warning dia, time aku ada latihan sukan, jangan sesekali masuk padang. Kau tau aku nampak apa lepas habis latihan?”

“Aku nampak kepala dia dok jengoi sebalik pokok besar tepi padang tu!. Apa lagi naik hantu la aku..”

Aku ni cakap sorang-sorang ke? Awat Mai buat muka tak endah jer ni.  Apa punya kawan la. Aku bersemangat cerita, dia selamba jer buat assignment dia. Baik aku balik bilik jer la, tidur! 

Aku kemas barang aku dan terus keluar tanpa menoleh pada Mai. Tercengang-cengang Mai. Di luar dewan, aku nampak Zul duduk di tepi pintu dewan. Macam tunggu seseorang. Seminggu juga aku tak nampak dia. Jumpa pun kerana terserempak di kedai makan sebab kami memang suka masakan MakIti. Sedap, macam masakan mak di kampung. Tiba-tiba Zul angkat kepala dan matanya terus menatap muka ku. Dia senyum. Tak sempat aku nak mengelak dari pandangannya. Sampai ke malam lah aku akan terbayang-bayang senyumannya tu.

“Assalamualaikum Na, lama tak nampak. Sehat?”

“Waalaikumsalam, aku sehat Alhamdulillah. Zul ada kelas ke?”

“Kelas tak ada tapi saja duduk2 sini, kut2 dapat jumpa Na”.

Dia senyum lagi. Aduh, ni yang lemah ni. Muka ni lah yang aku nampak mula-mula aku jejak kaki di sini. Entah kenapa aku suka tengok dia. Nak kata handsome tak lah sangat, biasa-biasa jer tapi manis tu ada bak kata P.Ramlee. Dia rajin juga cuba-cuba dekat dengan aku tapi sejak adanya bayang si Man yang ada saja kemana aku pergi, aku perasan Zul mula buat-buat tak nampak aku. Man dan Zul ni memang dah kenal sejak di sekolah menengah lagi.

Aku baru nak buka ayat baru dengan Zul, nun dihujung jalan aku nampak kelibat Man dan kawan-kawannya. Terus sengap dan Zul pun perasan perubahan mendadak aku. 

“Okay lah Na,lain kali kita sembang ya. Zul pergi dulu. Jangan lupa senyum selalu. Penawar buat Man tu”.

Apa ni, dok usik aku dengan Man. Aku tak suka tau dak! Aku dah cuba buka hati aku kat Man. Dia baik, selalu tolong aku tanpa di minta. Kalau aku kata aku tak suka, Man akan cuba elakkan. Kawan-kawan sebilik aku semua kata, aku beruntung dapat Man yang sayangkan aku. Tapi aku dah cuba, tetap tak sampai dihati. Sekadar sayang sebagai kawan. Macam-macam aku buat nak bagi Man marah tapi sabarnya dia melayan kerenah aku. Tapi aku masih tak boleh terima dia! Tolong la selamatkan aku Zul. Aku nak kau yang jadi hero aku. Kenapa lah kau lembab sangat hah… !

Itu kisah 10 tahun yang lalu. Kini aku masih sendiri. Selama 3 tahun di kolej aku layan endah tak endah pada Man. Akhirnya Man menerima keputusan aku yang aku tak dapat terima dia. Terus terang, aku sedih.Sedih kerana layanan buruk aku pada seorang insan yang ikhlas menerima aku. Maafkan aku Man. Kini aku dapat tahu Man menemui pasangan syurganya dan bahagia bersama. Alhamdulillah, selayaknya dia untuk mu Man. 

Aku, teruskan perjuangan hidup aku. Berbakti kepada orang tua. Kenangan lepas tetap semadi dijiwa. Teman-teman dulu masih berhubungan. Mendengar kejayaan dan kerukunan bahtera mereka membuat aku iri. Aku masih seorang. Ada kala abang-abang senior menganjurkan reunion, aku mengelak untuk pergi. Takut perasaan lama timbul kembali. Aku dengar dia dah berumahtangga. Bukan calang-calang orang isterinya.

Sedap pula kopi garam bukit ni. Aroma baunya.. . mmmmm. Mak masakkan ubi getok petang ni. Teringat, masa di kolej aku cukup suka kueh ni di gerai MakiIti. Pernah berebut kueh ni dengan Zul. Itu lah kali pertama Zul menegur aku. Kami makan semeja hari tu. Lawak juga si Zul ni, banyak cerita kelakar. Yang aku paling tak boleh lupa bila dia boleh gambarkan baju kurung yang aku pakai hari pertama daftar kolej. Terkedu aku, suka pun ia juga. 

Mesej masuk. Nombor yang tak kukenali. 

“Assalamualaikum Na… sehat?”

Terpegun aku membaca mesej pendek ini. Hanya dia yang guna nama itu. Mungkin kah Zul? Patutkah aku balas mesejnya…?

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2016 in cerpenku

 

NikmatNya…

Hujan tak berenti sejak mula aku membuka mata pagi ni. Takungan air hujan di penjuru anjung rumah ku sudah mula melimpah, memuntahkan air ke saluran longkang kecil. Suka mendengar derapan hujan menimpa atap zink stor diluar rumahku. Teringat rumah di kampong, Bandar Warisan. Udara sejuk hingga ke tulang rasanya. Jimat letrik… Hajat aku nak melihat2 kebun, memetik.daun-daun kering, merumput tidak kesampaian. Sedap tidur ni atau mengopi pun best. Cuma tiada teman menemani, hambar hajat dihati…

Aku suka hujan, kalau boleh ingin menari-nari dalam curahan nikmat Allah terus dari langit ini. Sengaja menjengokkan kepala ke rantaian titis hujan, sejuk, segar dan suka bau tanah yang disimbah hujan. Mana la anak-anak ku… ibu nak ajak main hujan ni. Leka sungguh mereka di depan tv, lebih suka mengadap cerita-cerita drama korea dari melayan keinginan ibu yang bernostalgia ni. Ingin aku berikan pengalaman yang aku lalui dan merasai  zaman bebas riang bermain di luar. Zaman kecil ku, hujan bagai pesta. Bermain kejar-kejar sekeliling rumah, melompat deras ke dalam lopak-lopak air demi mengenakan rakan lain. Semakin lebat hujan, semakin menjadi-jadi hirok pekik kami. Aku mahu anak-anak merasa semua itu tapi berbagai alasan diberi. Rugi lah nak… rugi

 
Leave a comment

Posted by on December 20, 2016 in coretan

 

Gotong Royong….

Rewang kita hari ni!! Lama sangat tidak beraktiviti begini. Aku tukang ricih2, sapu2 jer. Master mind dan chef adik2 ipar duai aku. Depa ni memang hebat masak memasak. Sebulan sebelum kenduri, kami adik beradik dah buat mesyuarat. Bincangkan berapa sumbangan nak kumpul, menu hari kejadian dan pembahagian tugas nanti. Semua peringkat umur ada tugas. Dari cucu hingga lah ke mak ayah depa.  Aku tugas di bahagian makanan sampingan.

Menu: kambing masak kurma,ayam masak merah, jelatah, kari daging dan nasi putih. Tambahan menu untuk hidangan pengantin, nasi arab mendy bookhari. Menu sampingan: laksa, kueh muih, bubur kacang, cucur udang, dadih dan meehon sup. Tudiaa… semua masak sendiri kecuali kurma kambing.

Kerja2 bermula pada pagi Sabtu sehingga ke malam. Sambil tu sempat lagi masak kari ayam kampung, gulai pisang, hati ayam kicap dan ikan masin goreng untuk santapan tengahari dan malam. Fuhhh… memang lajak makan… sedap berselera. 

Sambil2 kerja, macam2 lah keluar cerita menarik dan kelakar. Kena bagi riuh baru tak terasa letih. Yang masih ada anak kecil memang tak menang tangan la dengan keletah anak2 yang lepas bebas. Nasib baik ada sepupu sepapat yang rela mengasuh anak2 kecil. 

Respon tetamu jemputan…. makanan sedap dan ada yang makan berulang. Mereka teruja menambah makanan bila tahu semua hidangan di masak sendiri. Alhamdulillah, tetamu cukup makan tanpa ada sebarang catuan. Masih ada lagi untuk dibungkus bawa balik. Semua keletihan tapi dengan keselesaan jemputan makan santai, senyum sentiasa di bibir. Bak kata suamiku, masak dengan kasih sayang seikhlas sesuci nurani…

Meh tengok pulak aksi gaya lupa diri bila dok depan kamera. Dengan Tokwan dan Tok kena bergaya dek penangan cucu2 ceria. Yang pengantin, wajiblah kena dera post santai. Hari ni jer kacau PakUda dan MakUda.

 
Leave a comment

Posted by on December 11, 2016 in coretan

 

Ahli rumah…

Terjaga mendengarkan bunyi Tiger mengiau…. lapar. Awal lapar hari ni. Nasib baik ada sikit lagi makanannya. Later kena shopping nampak gayanya. Tiger kucing pertama yg kami adopt. Ambil dari baby lagi. Dia ada adik seekor tapi dah lama tak balik. Bila kami pindah rumah, tiger ni tak berenti bunting. Hishhh… jantan dok cari dia jer. Dapat anak comel2.. ada yg berbulu segar. Banyak yang tak kekal samada mati atau hijrah ke rumah orang. Almaklumlah, jaga kucing lepas macam tu jer. Tak tahu la kut jiran2 marah maki serapah kucing aku kalau depa pi buat onar kt laman rumah depa. Hanya tiger ker yang setia. Time makan dia balik, nampak kereta aku masuk, dia pun tergedek2 lari masuk pagar.

Syok tengok dia layan anak2 bulu dia. Kalau panggil makan, dia duduk tengok anak2 dia makan dulu. Macam gambar atas tu. Depa selesai barulah dia makan. Selamba punya kucing sampai kadang2 aku nampak dia macam tak ada perasaan.. haha

Malam tadi Aishah mohon tidur sekatil dengan aku sebab nak bagi Opah dia tidur selesa dalam bilik dia. Ya Allah, buasnya dia tidur… berapa kali aku kena sepak terajang. Entah apalah mimpinya. Siap tarik rambut aku lagi…sakit oiii..Esok kena balik bilik dia la. Bila cerita kat dia, siap dimintanya belikan katil besar King Size supaya mudah golek2 rata katanya. Urghh…! Patut la kakak selalu kungfu dia mlm2.. ini kejadian yg selalu berlaku rupa-rupanya..

Cuti-cuti ni, bangun pagi dengan bunyi decitan burung yg buat sarang di sudut depan pintu rumah aku. Lama dah pasangan comel ni bermastautin disitu, seingat aku sebelum aku pindah masuk rumah ni depa dah bina rumah comel tu. Dah berapa kali bertelur menetas anak depa kat sini. Selalu tengok anak depa belajar terbang, sat2 jatuh gedebok kt lantai. Jinak-jinak merpati…hahaha.

Awal pagi pasangan sejoli ni dah keluar mencari rezeki. Masa ada anak kecil, lagi riuh bila papa n mama balik bawa ulat makanan sikecil. Mencitcit ternganga mulut depa.  Sarang tu boleh muat 2 dewasa, 2 kecil…hahaha… terjuntai2 bulu papanya keluar. Comel sgt. Ada banyak kali juga sesat dlm rumah aku. Sampai terlanggar cermin sbb nak cari jalan keluar.

 
Leave a comment

Posted by on December 9, 2016 in coretan